Pages

R n D (Research and Development)

Assalamualaikum..

RnD adalah satu ilmu yang berguna bagi setiap manusia di dalam dunia ini. APA yang dimaksudkan dengan RnD??

R yang mewakili Research yang bermaksud "mengkaji" dan D yang mewakili Development menggambarkan "pembangunan" ataupun "kemajuan". Apa yang diterapkan ialah kita perlu mengkaji untuk memajukan diri kita sendiri. Sesiapa yang mempunyai sikap sebegini boleh memulakan sesuatu yang baru ataupun membentuk inovasi dalam negara kita sendiri. Alangkah indahnya jikalau konsep ini diguna pakai oleh setiap rakyat Malaysia.

Ilmu ini diperkenalkan kepada saya oleh seorang guru sekolah saya yang sering kali bercakap mengenai RnD. Dia tidak menerangkan kepada saya apa itu RnD tetapi hanya bercakap "korang kena ada sifat RnD dalam diri". Dia sering bercakap tapi tidak terangkan dan sebagai seorang murid saya cuma tidak mengendahkan apa yang dia cakap. Sehinggalah suatu hari saya asyik memikirkan apa itu RnD dari pagi sampai malam.

Apa lagi terus ambil laptop dan terus suft internet apa itu RnD. Bermula dari wiki hinggalah ke blog2 orang. Dan apa yang saya faham tentang RnD saya kongsikan bersama siapa saja yang dahagakan ilmu.

Asas RnD

1.Mencipta Teori

Bagi saya RnD ialah satu sifat manusia biasa kerana manusia diciptakan dengan perasaan ingin tahu. Bermula dari sifat itu seseorang akan mula mencipta teori dan jangan terkejut RnD diamalkan oleh setiap kanak2 dan akan terhakis sifat ini menjelang dewasa. Kita akan mengunakan logik akal dalam mencipta teori dan teori itulah yang terbaik yang otak kita boleh hasilkan.

2.Membuat hypotesis/dugaan awal

Membuat dugaan awal apa yang akan berlaku kalau kita kalau buat atau melaksanakan sesuatu teori. Otak kita akan menyenaraikan beberapa dugaan awal dengan pantas. Apa yang akan digunakan untuk melaksanakan sesuatu teori, sejauh mana kebenaran teori, cara untuk membuktikan teori yang dibentuk sehinggalah keburukan teori itu sendiri. (saya rasa ramai yang tidak paham dengan apa yang saya maksudkan..)

3.Menjalankan kajian

Menjalankan kajian ke atas teori dan membuktikan dugaan awal. Setelah kita bina dugaan awal kita akan merangka kajian yang perlu kita buat untuk membuktikan dugaan awal kita tadi.Proses ini akan berulang dan menemui banyak kegagalan sebelum berjaya. Kadang kala hanya perlu alankan kajian sekali sahaja sebelum berjaya. Dalam kegagalan yang banyak itu kita akan melaksanakan "D" secara tidak langsung. Setiap kali anda bertemu dengan kegagalan anda akan membina "pembangunan diri" anda sekaligus memajukan diri anda lagi

4.Melaksanakan Teori

Disini selepas anda mendapat keputusan teori anda, anda perlulah melaksanakan teori tersebut. Selepas itu anda akan melihat keberkesanan teori anda sendiri. Semakin anda melaksanakan teori anda, anda akan melakukan penaik taraf ke atas teori anda sendiri.

5.Repeat(ulang)

Selepas memahami konsep RnD anda perlulah mengulang konsep ini ke Masalah yang lain.

Okay2... Saya rasa ramai yang tak paham dengan apa yang saya tulis tadi.Mari kita lihat contoh ini.

" Seorang budak kecil berumur lingkungan 3 tahun,kita namakankan dia sebagai Ali. Ali dibawa oleh ibunya berjalan-jalan di satu taman. Tetapi malangnya dia terpisah dengan ibunya dan berjalan ke arah tebing. Apabila sampai ke hujung tebing, Ali membuat teori yang bahaya jika dia menghampiri tebing itu. Kemudian, dia membina dugaan awal yang dia akan mati jika dia jatuh. Seterusnya, dia memikirkan cara2 dia membuktikan kajian tersebut dengan membaling benda yang berada sekitar dia.Contohnya, batu. Selepas itu dia membaling 2 barang yang berlainan untuk mengukuhkan lagi teori dia. Selepas mendapat keputusan yang bermain di tepi tebing akan membawa maut, dia melaksanakan teori yang dibina dengan mengelak bermain berdekatan dengan tebing tersebut "

Baiklah selesai sudah penerangan konsep RnD tadi. Saya harap anda dapat mengamalkan konsep RnD tadi.

p/s:Memang susah tugas seorang guru, sayangilah guru anda... cewwaaahhhh


**************************************************************************

Anda rasa post ini amat berguna?? Sharekan dengan sahabat2 anda di fb,google+,twitter dan lain2.
Ilmu jangan disimpan seorang



{ 0 comments... Skip ke Ruang Komen }

Tambah Komen Anda

 
Yahoo Messenger
Function Off ('_')
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Add my twitter ('_')
Facebook
Add My Facebook
- Jutawan MLM Jom Kaji MLM anda - credit to Dayz Hidayat for template