Pages

Kepentingan MLM kepada Syarikat dan Promoter

Assalamualaikum, salam pembacaan.

Okay baiklah, anda pasti sudah membaca post saya yang bertajuk Jom! Kaji MLM anda. Jikalau belum, anda perlu membacanya kerana berkaitan dengan post saya kali ini.

Sekarang ini saya akan kongsikan apa kepentingan MLM kepada Syarikat dan Promoter. Semua orang mahukan sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka bukan? Kalau tidak mendatangkan manfaat, kenapa pulak bertungkus lumus buat sesuatu benda kan.

Kepentingan kepada Syarikat

Apa yang syarikat akan dapat sekiranya membuat MLM?

1.Penjimatan Kos

Saya dah bincangkan hal ini dalam post sebelum ini.
Syarikat kena bayar kos-kos berbangkit lain seperti kos latihan, kemudahan ruang pejabat, kebajikan pekerja dan sebagainya. Cuti bersalin pun kena bagi kalau tak pekerja marah/mogok.

Berapa kos pengiklanan jika dilakukan di facebook menerusi FBAds?
Berapa kos pengiklanan di google, bidvertiser dan lain-lain platform pengiklanan dalam talian? 
Berapa kos nak buat iklan di surat khabar mainstream?
Berapa kos iklan di akhbar atau media alternatif?
Berapa kos iklan di televisyen?

Kos iklan menjangkau TV3 RM50,000 - 40 SAAT yang ni baru sekali keluar. Kalau dalam sehari 20 kali keluar tv3?? 1,000,000 ?? mahal bukan?? 

2.Mendapat Pembeli Setia

Promoter/agen yang mempromosikan Produk mestilah pembeli setia produk syarikat kerana agen sendiri telah berpuas hati dengan kualiti produk sendiri. Secara tidak langsung syarikat dapat menambah seorang pembeli setia produk dengan lebih cepat.

3.Menjalankan aktiviti pemasaran dengan lebih pantas

Apakah kaedah pemasaran yang paling berkesan? jawapannya adalah dari mulut ke mulut. Memang sikap seorang manusia suka menghebohkan sesuatu barang yang berguna kepada orang lain lebih2 lagi kepada kawan2. Konsep Word of Mouth menjadi asas kepada MLM.

Kepada Promoter MLM

1.Masa yang fleksibel - Perniagaan MLM dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri. Bekerja Dari rumah ,Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun

2.Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had - Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan - Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.Kebebasan untuk berpindah - Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya anda perlu berpindah ke tempat lain.


3.Tidak memerlukan pekerja tambahan - Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja2 anda terdiri daripada downline anda sendiri.

4.Produk- bergantung kepada jenis produk anda. Anda sendiri akan mendapat keuntungan dari Produk tersebut.

Kepada Penguna

Pengguna akan dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan produk anda dan berpuas hati dengan kualiti produk anda.


**************************************************************************

Anda rasa post ini amat berguna?? Sharekan dengan sahabat2 anda di fb,google+,twitter dan lain2.
Ilmu jangan disimpan seorang



{ 0 comments... Skip ke Ruang Komen }

Tambah Komen Anda

 
Yahoo Messenger
Function Off ('_')
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Add my twitter ('_')
Facebook
Add My Facebook
- Jutawan MLM Jom Kaji MLM anda - credit to Dayz Hidayat for template