Pages

Jom Kaji MLM anda



MLM


Bila perkataan ini disebut dari mulut ke mulut pasti semua akan mengatakan benda ini menipu. Walaupun tanpa kajian yang lebih mendalam tentang marketing ini. Apakah asas bagi bisnes ini? Siapa yang terlibat? Bagaimana sistem pemasaran ini boleh menguntungkan semua pihak?


Apa yang saya perhatikan, dalam bisnes MLM, ahlinya terlalu banyak berselindung dan tak jujur. Dan sejujurnya, saya tidak berminat dengan cara mereka.Saya lebih suka menerangkan para downline saya tentang apa yang mereka perlu buat selepas mereka melabur.Biar mereka lihat dan nampak pada konsep sebenar MLM.


Ya betul,pendatang baru tidak pasti atau tidak nampak apa tugasan mereka sebelum mereka masuk kedalam bidang ini.Mereka akan jadi pelabur(investor) ke, promoter(pemasar) atau hanya duduk goyang kaki duit masuk minggu2 macam tu sahaja? Tidak! tiada rezeki yang datang bergolek macam tu jer. Kalau goyang kaki dapat duit, dari dulu lagi semua orang dah kaya! orang miskin tidak ada dalam dunia ni! tak ada!


So, penjelasan nya, network marketing adalah kaedah pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia merupakan satu medium atau cara bagaimana sesuatu perniagaan mendekati pelanggan, iaitu dengan cara membina jaringan/rangkaian. marketing sendiri membawa maksud 'pemasaran'. Syarikat memberikan pekerjaan dan komisen kepada pelanggan yang membantu pihak syarikat memasarkan produk atau servis mereka.


Secara ringkasnya, MLM ialah satu cabang ataupun cara sesebuah syarikat memasarkan produk mereka.


Contohnya,


" saya mengunakan sabun dari syarikat L, dan saya amat berpuas hati dengan produk dari syarikat tersebut. Jadi, saya memperkenalkan sabun syarikat L ke kawan saya. Setelah kawan saya berpuas hati, saya mendaftar sebagai ahli pemasaran, dan memasarkan ke semua kawan - kawan saya yang lain. Dan setelah saya berjaya mempromosikan produk tersebut, syarikat akan bagi imbuhan kepada saya dalam bentuk komisen untuk setiap pelanggan baru yang saya tetapkan"


Kenapa tak guna cara biasa jer? Boleh dan tiada masalah.


Saya percaya jika anda minat membaca tentang perniagaan, anda pasti tahu teknik pemasaran secara konvensional adalah satu kaedah yang mahal.Syarikat kena bayar gaji + benefit + Allowance + EPF + Socso dan lain-lain lagi.


Syarikat kena bayar kos-kos berbangkit lain seperti kos latihan, kemudahan ruang pejabat, kebajikan pekerja dan sebagainya. Cuti bersalin pun kena bagi kalau tak pekerja marah/mogok.

Berapa kos pengiklanan jika dilakukan di facebook menerusi FBAds?
Berapa kos pengiklanan di google, bidvertiser dan lain-lain platform pengiklanan dalam talian?
Berapa kos nak buat iklan di surat khabar mainstream?
Berapa kos iklan di akhbar atau media alternatif?
Berapa kos iklan di televisyen?

Silap-silap anda akan dapati kos pengiklanan adalah lebih mahal berbanding pulangan yang bakal diterima daripada aktiviti-aktiviti pengiklanan yang saya senaraikan diatas.


Tetapi dengan mengunakan cara sebegini syarikat dapat mengurangkan kos dan dapat pulangan yang lagi besar.


Dan marketer juga bukan calang2 orang, tetapi orang yang sudah berpengalaman, dah tau selok belok produk tersebut kerana mereka juga pernah menggunakan produk tersebut dari A ke Z.Mereka juga tak terikat dengan waktu kerja,arahan bos,pelan pemasaran.

Sebab sebab mengapa orang ramai tidak percaya kepada MLM.


1. Sebab paling utama : kegagalan orang-orang terdahulu.

Mereka yang telah gagal dalam bidang ini dahulu akan menghasut dan memburukkan nama MLM sendiri. Mereka ini selalunya gagal pada kali pertama dan tidak mahu kembali berusaha.Bagi mereka, cukup lah sekali sahaja mereka gagal dan tak mahu gagal buat kali kedua. Mereka tidak mahu berusaha dengan perbaiki diri mereka sendiri. Golongan ini memberi impak kepada nama baik MLM.

2. Kemunculan syarikat yang menipu.


Anda pasti pernah mendengar tentang skim cepat kaya bukan? same konsep dengan MLM bukan?? Keinginan ingin menjadi kaya secepat yang mungkin boleh menarik minat hampir semua orang. Siapa tak nak membeli kereta berjenama yang mahal? Siapa yang tidak mahu membeli sebuah banglo dalam masa setahun? Pasti ada keinginan walaupun sedikit bukan? Yang sikit itulah akan menjadi besar dengan kemunculan agen2 yang kaki menipu.


3.Kegagalan newcomer(pedatang baru) mengkaji.


Maaf saya katakan, tetapi mereka ini seorang yang bodoh! AKU ulangi seorang yang BODOH. Mereka ada semangat dan dikembangkan lagi oleh upline2. Semangat dah ada memang betul tapi otakkan ada. Fikir masak2 tentang MLM mana yang KORANG nak join, kaji dan kalau boleh KORANG kaji sendiri bukan melalui UPLINE. Kalau nak kaya KORANG perlu ada OTAK. Takkan setakat KORANG dengar ceramah yang terpekik terlolong tu KORANG dah yakin?? Banyak lagi la syarikat buat macam tu. Anda mesti Kaji dan dapat membezakan syarikat mana yang berkesan(erti kata lain boleh pergi laa).


Aku pon macam korang,dengar ceramah sikit jer terus percaya. Nasib baik kawan aku ada(seorang pelajar bisnes) dan dialah yang menenangkan aku dari ceramah-ceramah MLM yang aku pernah pergi, banyak gak aku pergi, sume dia sangkal then dia suruh aku kaji satu persatu dari A-Z.


Sampai sini sajalah saya gunakan bahasa yang agak kasar.

Ada empat benda yang korang perlu KAJI.

SYARIKAT MLM Anda.



  • Siapa pemilik syarikat??
  • Siapa CEO syarikat??
  • Agensi yang membenarkan/menyokong/menyumbang/menolong/melabur syarikat anda??
  • Misi dan Visi syarikat anda??
  • Pelaburan/potensi syarikat anda??
  • Persaingan yang dihadapi oleh syarikat anda??
  • Kekuatan dan Kekurangan syarikat anda dengan persaingan syarikat anda??
  • Peluang Syarikat anda maju??
  • Pengalaman dan Siapa yang menguruskan Syarikat anda(management team)??
  • Adakah syarikat menaburkan janji-janji pulangan yang tak masuk akal dalam medium promosi mereka??
  • Jika YA, adakah meyakinkan??


2.AGEN MLM

Merujuk kepada upline anda

  • Adakah upline/agen penjual menggunakan produk tersebut??
  • Apakah hasilnya??
  • Jika TIDAK, mengapa dia masih tidak menggunakannya??
  • Siapa mereka?? anda pernah kenal mereka??
  • Adakah mereka mempraktikkan tektik2 kotor??
  • Adakah anda yakin agen anda akan menjaga anda selepas anda masuk MLM itu??
  • Adakah mereka memaksa??
  • Gaya bahasa dan teknik percakapan mereka meragukan anda??
  • Apa kepentingan anda selepas anda masuk MLM tersebut?? anda ada kepentingan?? atau fungsi anda hanya sebagai alat untuk mereka mendapat ganjaran??

3.PRODUK MLM anda.

Inilah paling asas dalam MLM. Kalau promoter datang kepada kita yang first kita tengok mestilah orangnya. Lelaki ke perempuan(kalau perempuan mesti layan sekejap...hehe).Yang Kedua?? Produk!! Kaji lebih mendalam pasal produk ni kerana produk inilah sumber pendapatan anda!!

Apa produk MLM anda??

  • Fungsi produk MLM anda??<-- ini paling penting dalam produk MLM(orang nak tengok ni! nampak tak??!!)
  • Persaingan produk anda?? Produk syarikat lain yang menjual/memberi fungsi yang sama
  • Kekurangan dan kekuatan produk anda??
  • Berapa lama syarikat anda telah mengeluarkan produk MLM anda??
  • Produk anda mempunyai ramai reseller lain??
  • Berapa harga produk anda?? RM1000?? RM10?? RM3??(pembeli akan tengok harga dahulu,murah/berpatutan)
  • Harga produk anda berpatutan dengan fungsi/kegunaan produk??
  • Fungsi produk anda memberi faedah kepada pembeli?? kepada anda sendiri??

4.SISTEM MLM
  • Apakah marketing plan yang diperkenalkan??
  • adakah ia agak rumit dan susah untuk difahami??
  • Bagaimana anda menerima komisyen?? Dari upline??
  • Bagaimana cara pembayaran anda??? Tunai?? melalui perbankan???
  • Bagaimana anda akan dinaikan pangkat??
  • Apa kepentingan downline??


STEP BY STEP MENGKAJI MLM anda.


Step 1 : Kenal pasti fungsi produk anda
Step 2 : Catatkan/Senaraikan pekara-pekara ini :-

(pekara inilah yang paling penting dan perlu dikaji)


  • 5 pesaing syarikat(menjual produk/perkhidmatan yang sama)
  • 5 kekuatan syarikat(yang tiada pada syarikat lain || anda akan dapat pada sendiri dari upline(selalunya!) )
  • 5 kekurangan syarikat (sekurang2 nya lima(5) )
  • Berapa lama syarikat telah ditubuhkan
  • 3 upline lebih lagi bagus(orang teratas anda/ kenal sebelum anda masuk mana2 MLM)
  • Cara pembayaran komisyen anda
  • 2 keuntungan/faedah anda dapat bila menggunakan produk MLM anda

Step 3 : Langkah seterusnya ialah menyenaraikan segala pekara dalam 4 benda yang anda perlu kaji mengenai MLM anda(yang saya senaraikan di atas) 


Step 4 : Nyatakan anda yakin atau tidak kepada MLM anda dan senaraikan 4 sebab.

4 Step inilah yang saya selalu guna dan amalkan dalam setiap MLM yang pernah datang kepada saya.pegang kepada 4 step ini dan anda akan dapat membezakan syarikat MLM mana yang berkesan. 

Saya tertarik dengan kata-kata kawan saya, "Allah bagi peluang berkali2, manusia sahaja yang cakap peluang hanya sekali". 

Nanti saya akan uploadkan contoh2 kajian saya pada sesuatu MLM.


olahan dari hasil tangan http://www.sabreehussin.com


**************************************************************************

Anda rasa post ini amat berguna?? Sharekan dengan sahabat2 anda di fb,google+,twitter dan lain2.
Ilmu jangan disimpan seorang


{ 1 comments... Skip ke Ruang Komen }

ladonnafabrizius said...

NJ Casino | New Jersey | Book Now & Get a $50 Free
The 전라남도 출장샵 best New 토토 사이트 추천 Jersey 광주 출장샵 casinos and sportsbook apps. 김천 출장마사지 Get your bets ready when you play! We offer betting windows, sportsbook 동두천 출장샵 apps and a

Tambah Komen Anda

 
Yahoo Messenger
Function Off ('_')
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Add my twitter ('_')
Facebook
Add My Facebook
- Jutawan MLM Jom Kaji MLM anda - credit to Dayz Hidayat for template