Pages

Contoh kajian MLM yang pernah saya lakukan part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti yang saya janjikan saya akan kemukakan kajian MLM yang saya sudah buat. Saya mengambil masa yang lama sebab nak menulis semula contoh kajian saya. Nama syarikat akan dirahsiakan demi menjaga nama baik syarikat.


Syarikat X

Sebuah syarikat telco(fungsi syarikat) baru bertapak di Malaysia(pada masa itu).

5 pesaing yang menjual produk sama.

  • Maxis
  • Celcom
  • U-mobile
  • Axiata
  • Digi
4 kekuatan syarikat.



  • menawarkan panggilan ke luar negara serendah 12 sen seminit
  • menawarkan panggilan percuma pada 1 nombor (nak tukar no bayar 3 ringgit)
  • SMS secara percuma ke 12 rakan lain dari telco yang sama
  • mendapat hadiah hari jadi (panggilan dan SMS percuma)
5 kekurangan syarikat.
  • tidak menawarkan multiple servise (SMS,panggilan,internet sekaligus,hanya boleh satu servis sahaja pada satu2 masa)
  • tidak menarik minat sesuatu golongan(golongan muda yang suka berkapel, golongan orang bisnes)
  • panggilan dalam negara mahal!
  • tiada servis internet??!!
  • jumlah penguna sikit tapi reseller ramai(pada masa itu)
Syarikat telah bertapak di malaysia selama 6 bulan(pada masa itu)

diperkenalkan oleh Abu(nama hanya rekaan), downline kepada Atan dan Atan downline kepada Ali

cara pembayaran banking

2 faedah
  • SMS ke ramai kawan secara percuma/gayut ngan awek lelama.
  • dapat hadiah hari jadi.
Abu adalah kawan saya dan join 2 minggu sebelum saya. Saya mendapati peluang syarikat untuk maju adalah sedikit kerana faktor persaingan dan kekurangan inovasi dalam syarikat, servis yang ditawarkan adalah lebih kurang dengan syarikat pesaing. Sistem MLM juga adalah membeban kan kerana berkonsepkan Triple Binary System (buka enam kaki,kiri dan kanan) dan perlu penuhkan kaki dan gerakkan kaki(pastikan downline buat kerja) dalam tempoh 3 bulan.

Secara keseluruhannya, saya tidak yakin apatah lagi menyertai syarikat ini kerana 
  • faktor persaingan
  • tiada inovasi dalam produk
  • produk tidak memberi manfaat kepada saya apatah lagi pembeli
  • No teenager nowdays can survive without internet.
  • sistem memeningkan saya dan seolah2 memaksa saya (lari dalam konsep sebenar MLM)




Modal

Modal

Assalamualaikum dan salam pembacaan kepada pembaca semua

Anda sudah di terangkan dengan Kajian MLM dan kepentingannya. Sekarang mari kita kaji kenapa MLM mesti dilibatkan dengan Modal.Dan jika tidak faham dari sini anda akan salah takfir kepada MLM.

Okay baiklah, kalau anda berkerja di bawah syarikat.Pengikat anda ialah gaji yang diberi. Ini kerana kalau anda tidak mematuhi peraturan syarikat gaji anda akan dipotong bahkan anda berisiko dibuang kerja. Tetapi di dalam MLM, syarikat tidak mempunyai kuasa veto bagi mengerakkan anda. Jadi sistem modal diperkenalkan bagi menjaga hak dan kepentingan syarikat. Ada juga syarikat yang mengambil keuntungan kepada investor(pelabur) jadi anda perlulah berhati2 dan mengkaji syarikat sedalam-dalamnya.

Seterusnya, modal anda juga ialah modal syarikat untuk membangun jadi pilihlah syarikat yang berpotensi untuk berjaya.Tipulah jika syarikat tidak mengambil atau mengaut keuntungan dari modal/anda. Saya pasti tidak akan ada syarikat yang cakap mereka tak makan duit downline walaupun satu sen.

Risiko kejayaan boleh diukur dengan modal yang anda keluarkan. Semakin kurang modal anda semakin kurang risiko anda,tetapi perniagaan manakah yang memulakan modal yang rendah? Jadi anda perlu berhati-hati kerana ada "udang disebalik batu".

Okay saya memberikan nilai ataupun tetapan modal bagi MLM.

RM 0-1000 =anda berada dalam kedudukan bahaya kerana modal yang anda keluarkan terlalu sedikit dan anda cenderung untuk ditipu.

RM 1000-4000 = anda berada dalam kedudukan yang agak selesa

RM 4000-keatas =anda berada dalam kedudukan bahaya kerana modal yang anda keluarkan terlalu besar.

Saya tidak mengatakan jika anda berada di kedudukan yang selesa anda tidak perlu mengkaji lebih dalam dan terus melabur. Tetapi anda perlulah menjalankan kajian mengikut apa yang saya telah terangkan dalam post saya sebelum ini.


Sampai disini sahaja post saya.Nantikan post saya yang akan datang.

**************************************************************************

Anda rasa post ini amat berguna?? Sharekan dengan sahabat2 anda di fb,google+,twitter dan lain2.
Ilmu jangan disimpan seorang



Kepentingan MLM kepada Syarikat dan Promoter

Assalamualaikum, salam pembacaan.

Okay baiklah, anda pasti sudah membaca post saya yang bertajuk Jom! Kaji MLM anda. Jikalau belum, anda perlu membacanya kerana berkaitan dengan post saya kali ini.

Sekarang ini saya akan kongsikan apa kepentingan MLM kepada Syarikat dan Promoter. Semua orang mahukan sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka bukan? Kalau tidak mendatangkan manfaat, kenapa pulak bertungkus lumus buat sesuatu benda kan.

Kepentingan kepada Syarikat

Apa yang syarikat akan dapat sekiranya membuat MLM?

1.Penjimatan Kos

Saya dah bincangkan hal ini dalam post sebelum ini.
Syarikat kena bayar kos-kos berbangkit lain seperti kos latihan, kemudahan ruang pejabat, kebajikan pekerja dan sebagainya. Cuti bersalin pun kena bagi kalau tak pekerja marah/mogok.

Berapa kos pengiklanan jika dilakukan di facebook menerusi FBAds?
Berapa kos pengiklanan di google, bidvertiser dan lain-lain platform pengiklanan dalam talian? 
Berapa kos nak buat iklan di surat khabar mainstream?
Berapa kos iklan di akhbar atau media alternatif?
Berapa kos iklan di televisyen?

Kos iklan menjangkau TV3 RM50,000 - 40 SAAT yang ni baru sekali keluar. Kalau dalam sehari 20 kali keluar tv3?? 1,000,000 ?? mahal bukan?? 

2.Mendapat Pembeli Setia

Promoter/agen yang mempromosikan Produk mestilah pembeli setia produk syarikat kerana agen sendiri telah berpuas hati dengan kualiti produk sendiri. Secara tidak langsung syarikat dapat menambah seorang pembeli setia produk dengan lebih cepat.

3.Menjalankan aktiviti pemasaran dengan lebih pantas

Apakah kaedah pemasaran yang paling berkesan? jawapannya adalah dari mulut ke mulut. Memang sikap seorang manusia suka menghebohkan sesuatu barang yang berguna kepada orang lain lebih2 lagi kepada kawan2. Konsep Word of Mouth menjadi asas kepada MLM.

Kepada Promoter MLM

1.Masa yang fleksibel - Perniagaan MLM dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri. Bekerja Dari rumah ,Tidak memerlukan pejabat atau ruang iklan. Anda boleh mengendalikan perniagaan di rumah, malah di dalam kereta sekali pun

2.Berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had - Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan - Anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.Kebebasan untuk berpindah - Anda tidak perlu bimbang lagi untuk mencari pekerjaan lain sekiranya anda perlu berpindah ke tempat lain.


3.Tidak memerlukan pekerja tambahan - Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja2 anda terdiri daripada downline anda sendiri.

4.Produk- bergantung kepada jenis produk anda. Anda sendiri akan mendapat keuntungan dari Produk tersebut.

Kepada Penguna

Pengguna akan dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan produk anda dan berpuas hati dengan kualiti produk anda.


**************************************************************************

Anda rasa post ini amat berguna?? Sharekan dengan sahabat2 anda di fb,google+,twitter dan lain2.
Ilmu jangan disimpan seorang



Jom Kaji MLM anda



MLM


Bila perkataan ini disebut dari mulut ke mulut pasti semua akan mengatakan benda ini menipu. Walaupun tanpa kajian yang lebih mendalam tentang marketing ini. Apakah asas bagi bisnes ini? Siapa yang terlibat? Bagaimana sistem pemasaran ini boleh menguntungkan semua pihak?


Apa yang saya perhatikan, dalam bisnes MLM, ahlinya terlalu banyak berselindung dan tak jujur. Dan sejujurnya, saya tidak berminat dengan cara mereka.Saya lebih suka menerangkan para downline saya tentang apa yang mereka perlu buat selepas mereka melabur.Biar mereka lihat dan nampak pada konsep sebenar MLM.


Ya betul,pendatang baru tidak pasti atau tidak nampak apa tugasan mereka sebelum mereka masuk kedalam bidang ini.Mereka akan jadi pelabur(investor) ke, promoter(pemasar) atau hanya duduk goyang kaki duit masuk minggu2 macam tu sahaja? Tidak! tiada rezeki yang datang bergolek macam tu jer. Kalau goyang kaki dapat duit, dari dulu lagi semua orang dah kaya! orang miskin tidak ada dalam dunia ni! tak ada!


So, penjelasan nya, network marketing adalah kaedah pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia merupakan satu medium atau cara bagaimana sesuatu perniagaan mendekati pelanggan, iaitu dengan cara membina jaringan/rangkaian. marketing sendiri membawa maksud 'pemasaran'. Syarikat memberikan pekerjaan dan komisen kepada pelanggan yang membantu pihak syarikat memasarkan produk atau servis mereka.


Secara ringkasnya, MLM ialah satu cabang ataupun cara sesebuah syarikat memasarkan produk mereka.


Contohnya,


" saya mengunakan sabun dari syarikat L, dan saya amat berpuas hati dengan produk dari syarikat tersebut. Jadi, saya memperkenalkan sabun syarikat L ke kawan saya. Setelah kawan saya berpuas hati, saya mendaftar sebagai ahli pemasaran, dan memasarkan ke semua kawan - kawan saya yang lain. Dan setelah saya berjaya mempromosikan produk tersebut, syarikat akan bagi imbuhan kepada saya dalam bentuk komisen untuk setiap pelanggan baru yang saya tetapkan"


Kenapa tak guna cara biasa jer? Boleh dan tiada masalah.


Saya percaya jika anda minat membaca tentang perniagaan, anda pasti tahu teknik pemasaran secara konvensional adalah satu kaedah yang mahal.Syarikat kena bayar gaji + benefit + Allowance + EPF + Socso dan lain-lain lagi.


Syarikat kena bayar kos-kos berbangkit lain seperti kos latihan, kemudahan ruang pejabat, kebajikan pekerja dan sebagainya. Cuti bersalin pun kena bagi kalau tak pekerja marah/mogok.

Berapa kos pengiklanan jika dilakukan di facebook menerusi FBAds?
Berapa kos pengiklanan di google, bidvertiser dan lain-lain platform pengiklanan dalam talian?
Berapa kos nak buat iklan di surat khabar mainstream?
Berapa kos iklan di akhbar atau media alternatif?
Berapa kos iklan di televisyen?

Silap-silap anda akan dapati kos pengiklanan adalah lebih mahal berbanding pulangan yang bakal diterima daripada aktiviti-aktiviti pengiklanan yang saya senaraikan diatas.


Tetapi dengan mengunakan cara sebegini syarikat dapat mengurangkan kos dan dapat pulangan yang lagi besar.


Dan marketer juga bukan calang2 orang, tetapi orang yang sudah berpengalaman, dah tau selok belok produk tersebut kerana mereka juga pernah menggunakan produk tersebut dari A ke Z.Mereka juga tak terikat dengan waktu kerja,arahan bos,pelan pemasaran.

Sebab sebab mengapa orang ramai tidak percaya kepada MLM.


1. Sebab paling utama : kegagalan orang-orang terdahulu.

Mereka yang telah gagal dalam bidang ini dahulu akan menghasut dan memburukkan nama MLM sendiri. Mereka ini selalunya gagal pada kali pertama dan tidak mahu kembali berusaha.Bagi mereka, cukup lah sekali sahaja mereka gagal dan tak mahu gagal buat kali kedua. Mereka tidak mahu berusaha dengan perbaiki diri mereka sendiri. Golongan ini memberi impak kepada nama baik MLM.

2. Kemunculan syarikat yang menipu.


Anda pasti pernah mendengar tentang skim cepat kaya bukan? same konsep dengan MLM bukan?? Keinginan ingin menjadi kaya secepat yang mungkin boleh menarik minat hampir semua orang. Siapa tak nak membeli kereta berjenama yang mahal? Siapa yang tidak mahu membeli sebuah banglo dalam masa setahun? Pasti ada keinginan walaupun sedikit bukan? Yang sikit itulah akan menjadi besar dengan kemunculan agen2 yang kaki menipu.


3.Kegagalan newcomer(pedatang baru) mengkaji.


Maaf saya katakan, tetapi mereka ini seorang yang bodoh! AKU ulangi seorang yang BODOH. Mereka ada semangat dan dikembangkan lagi oleh upline2. Semangat dah ada memang betul tapi otakkan ada. Fikir masak2 tentang MLM mana yang KORANG nak join, kaji dan kalau boleh KORANG kaji sendiri bukan melalui UPLINE. Kalau nak kaya KORANG perlu ada OTAK. Takkan setakat KORANG dengar ceramah yang terpekik terlolong tu KORANG dah yakin?? Banyak lagi la syarikat buat macam tu. Anda mesti Kaji dan dapat membezakan syarikat mana yang berkesan(erti kata lain boleh pergi laa).


Aku pon macam korang,dengar ceramah sikit jer terus percaya. Nasib baik kawan aku ada(seorang pelajar bisnes) dan dialah yang menenangkan aku dari ceramah-ceramah MLM yang aku pernah pergi, banyak gak aku pergi, sume dia sangkal then dia suruh aku kaji satu persatu dari A-Z.


Sampai sini sajalah saya gunakan bahasa yang agak kasar.

Ada empat benda yang korang perlu KAJI.

SYARIKAT MLM Anda.



  • Siapa pemilik syarikat??
  • Siapa CEO syarikat??
  • Agensi yang membenarkan/menyokong/menyumbang/menolong/melabur syarikat anda??
  • Misi dan Visi syarikat anda??
  • Pelaburan/potensi syarikat anda??
  • Persaingan yang dihadapi oleh syarikat anda??
  • Kekuatan dan Kekurangan syarikat anda dengan persaingan syarikat anda??
  • Peluang Syarikat anda maju??
  • Pengalaman dan Siapa yang menguruskan Syarikat anda(management team)??
  • Adakah syarikat menaburkan janji-janji pulangan yang tak masuk akal dalam medium promosi mereka??
  • Jika YA, adakah meyakinkan??


2.AGEN MLM

Merujuk kepada upline anda

  • Adakah upline/agen penjual menggunakan produk tersebut??
  • Apakah hasilnya??
  • Jika TIDAK, mengapa dia masih tidak menggunakannya??
  • Siapa mereka?? anda pernah kenal mereka??
  • Adakah mereka mempraktikkan tektik2 kotor??
  • Adakah anda yakin agen anda akan menjaga anda selepas anda masuk MLM itu??
  • Adakah mereka memaksa??
  • Gaya bahasa dan teknik percakapan mereka meragukan anda??
  • Apa kepentingan anda selepas anda masuk MLM tersebut?? anda ada kepentingan?? atau fungsi anda hanya sebagai alat untuk mereka mendapat ganjaran??

3.PRODUK MLM anda.

Inilah paling asas dalam MLM. Kalau promoter datang kepada kita yang first kita tengok mestilah orangnya. Lelaki ke perempuan(kalau perempuan mesti layan sekejap...hehe).Yang Kedua?? Produk!! Kaji lebih mendalam pasal produk ni kerana produk inilah sumber pendapatan anda!!

Apa produk MLM anda??

  • Fungsi produk MLM anda??<-- ini paling penting dalam produk MLM(orang nak tengok ni! nampak tak??!!)
  • Persaingan produk anda?? Produk syarikat lain yang menjual/memberi fungsi yang sama
  • Kekurangan dan kekuatan produk anda??
  • Berapa lama syarikat anda telah mengeluarkan produk MLM anda??
  • Produk anda mempunyai ramai reseller lain??
  • Berapa harga produk anda?? RM1000?? RM10?? RM3??(pembeli akan tengok harga dahulu,murah/berpatutan)
  • Harga produk anda berpatutan dengan fungsi/kegunaan produk??
  • Fungsi produk anda memberi faedah kepada pembeli?? kepada anda sendiri??

4.SISTEM MLM
  • Apakah marketing plan yang diperkenalkan??
  • adakah ia agak rumit dan susah untuk difahami??
  • Bagaimana anda menerima komisyen?? Dari upline??
  • Bagaimana cara pembayaran anda??? Tunai?? melalui perbankan???
  • Bagaimana anda akan dinaikan pangkat??
  • Apa kepentingan downline??


STEP BY STEP MENGKAJI MLM anda.


Step 1 : Kenal pasti fungsi produk anda
Step 2 : Catatkan/Senaraikan pekara-pekara ini :-

(pekara inilah yang paling penting dan perlu dikaji)


  • 5 pesaing syarikat(menjual produk/perkhidmatan yang sama)
  • 5 kekuatan syarikat(yang tiada pada syarikat lain || anda akan dapat pada sendiri dari upline(selalunya!) )
  • 5 kekurangan syarikat (sekurang2 nya lima(5) )
  • Berapa lama syarikat telah ditubuhkan
  • 3 upline lebih lagi bagus(orang teratas anda/ kenal sebelum anda masuk mana2 MLM)
  • Cara pembayaran komisyen anda
  • 2 keuntungan/faedah anda dapat bila menggunakan produk MLM anda

Step 3 : Langkah seterusnya ialah menyenaraikan segala pekara dalam 4 benda yang anda perlu kaji mengenai MLM anda(yang saya senaraikan di atas) 


Step 4 : Nyatakan anda yakin atau tidak kepada MLM anda dan senaraikan 4 sebab.

4 Step inilah yang saya selalu guna dan amalkan dalam setiap MLM yang pernah datang kepada saya.pegang kepada 4 step ini dan anda akan dapat membezakan syarikat MLM mana yang berkesan. 

Saya tertarik dengan kata-kata kawan saya, "Allah bagi peluang berkali2, manusia sahaja yang cakap peluang hanya sekali". 

Nanti saya akan uploadkan contoh2 kajian saya pada sesuatu MLM.


olahan dari hasil tangan http://www.sabreehussin.com


**************************************************************************

Anda rasa post ini amat berguna?? Sharekan dengan sahabat2 anda di fb,google+,twitter dan lain2.
Ilmu jangan disimpan seorang


R n D (Research and Development)

Assalamualaikum..

RnD adalah satu ilmu yang berguna bagi setiap manusia di dalam dunia ini. APA yang dimaksudkan dengan RnD??

R yang mewakili Research yang bermaksud "mengkaji" dan D yang mewakili Development menggambarkan "pembangunan" ataupun "kemajuan". Apa yang diterapkan ialah kita perlu mengkaji untuk memajukan diri kita sendiri. Sesiapa yang mempunyai sikap sebegini boleh memulakan sesuatu yang baru ataupun membentuk inovasi dalam negara kita sendiri. Alangkah indahnya jikalau konsep ini diguna pakai oleh setiap rakyat Malaysia.

Ilmu ini diperkenalkan kepada saya oleh seorang guru sekolah saya yang sering kali bercakap mengenai RnD. Dia tidak menerangkan kepada saya apa itu RnD tetapi hanya bercakap "korang kena ada sifat RnD dalam diri". Dia sering bercakap tapi tidak terangkan dan sebagai seorang murid saya cuma tidak mengendahkan apa yang dia cakap. Sehinggalah suatu hari saya asyik memikirkan apa itu RnD dari pagi sampai malam.

Apa lagi terus ambil laptop dan terus suft internet apa itu RnD. Bermula dari wiki hinggalah ke blog2 orang. Dan apa yang saya faham tentang RnD saya kongsikan bersama siapa saja yang dahagakan ilmu.

Asas RnD

1.Mencipta Teori

Bagi saya RnD ialah satu sifat manusia biasa kerana manusia diciptakan dengan perasaan ingin tahu. Bermula dari sifat itu seseorang akan mula mencipta teori dan jangan terkejut RnD diamalkan oleh setiap kanak2 dan akan terhakis sifat ini menjelang dewasa. Kita akan mengunakan logik akal dalam mencipta teori dan teori itulah yang terbaik yang otak kita boleh hasilkan.

2.Membuat hypotesis/dugaan awal

Membuat dugaan awal apa yang akan berlaku kalau kita kalau buat atau melaksanakan sesuatu teori. Otak kita akan menyenaraikan beberapa dugaan awal dengan pantas. Apa yang akan digunakan untuk melaksanakan sesuatu teori, sejauh mana kebenaran teori, cara untuk membuktikan teori yang dibentuk sehinggalah keburukan teori itu sendiri. (saya rasa ramai yang tidak paham dengan apa yang saya maksudkan..)

3.Menjalankan kajian

Menjalankan kajian ke atas teori dan membuktikan dugaan awal. Setelah kita bina dugaan awal kita akan merangka kajian yang perlu kita buat untuk membuktikan dugaan awal kita tadi.Proses ini akan berulang dan menemui banyak kegagalan sebelum berjaya. Kadang kala hanya perlu alankan kajian sekali sahaja sebelum berjaya. Dalam kegagalan yang banyak itu kita akan melaksanakan "D" secara tidak langsung. Setiap kali anda bertemu dengan kegagalan anda akan membina "pembangunan diri" anda sekaligus memajukan diri anda lagi

4.Melaksanakan Teori

Disini selepas anda mendapat keputusan teori anda, anda perlulah melaksanakan teori tersebut. Selepas itu anda akan melihat keberkesanan teori anda sendiri. Semakin anda melaksanakan teori anda, anda akan melakukan penaik taraf ke atas teori anda sendiri.

5.Repeat(ulang)

Selepas memahami konsep RnD anda perlulah mengulang konsep ini ke Masalah yang lain.

Okay2... Saya rasa ramai yang tak paham dengan apa yang saya tulis tadi.Mari kita lihat contoh ini.

" Seorang budak kecil berumur lingkungan 3 tahun,kita namakankan dia sebagai Ali. Ali dibawa oleh ibunya berjalan-jalan di satu taman. Tetapi malangnya dia terpisah dengan ibunya dan berjalan ke arah tebing. Apabila sampai ke hujung tebing, Ali membuat teori yang bahaya jika dia menghampiri tebing itu. Kemudian, dia membina dugaan awal yang dia akan mati jika dia jatuh. Seterusnya, dia memikirkan cara2 dia membuktikan kajian tersebut dengan membaling benda yang berada sekitar dia.Contohnya, batu. Selepas itu dia membaling 2 barang yang berlainan untuk mengukuhkan lagi teori dia. Selepas mendapat keputusan yang bermain di tepi tebing akan membawa maut, dia melaksanakan teori yang dibina dengan mengelak bermain berdekatan dengan tebing tersebut "

Baiklah selesai sudah penerangan konsep RnD tadi. Saya harap anda dapat mengamalkan konsep RnD tadi.

p/s:Memang susah tugas seorang guru, sayangilah guru anda... cewwaaahhhh


**************************************************************************

Anda rasa post ini amat berguna?? Sharekan dengan sahabat2 anda di fb,google+,twitter dan lain2.
Ilmu jangan disimpan seorang



 
Yahoo Messenger
Function Off ('_')
Google Plus
Add Me To Your Circle!
Twitter
Add my twitter ('_')
Facebook
Add My Facebook
- Jutawan MLM Jom Kaji MLM anda - credit to Dayz Hidayat for template